Sunday, November 7, 2010

Tip Strategi Wang dari Abang Abu

Macam mana nak kira pendapatan bersih anda sebulan?

Misalnya gaji anda sekarang adalah RM 3000.

Ini purata pendapatan orang bekerja di Kuala Lumpur.

Bila anda dapat gaji RM 3000 ni,
ia belum ditolak EPF. Ini yang
ramai orang terlupa nak kira.

Selalu ingat gaji dia 3 ribu sedangkan
bila dah tolak EPF sekitar RM 2800 je sebulan.

Kemudian, gaji banyak tu anda nak tolak
duit bayar kereta. Biasanya orang bergaji
3 ribu ni pakai kereta Persona.

Kalau tak silap saya, Persona kalau full
loan atau duit muka rendah sekitar RM 600
sebulan. Ni kira anggaran kasarla.

Jadi, gaji anda sekarang dah tinggal
RM 2200. Lepas tu anda perlu kira duit
bayar rumah pula. Kalau anda duduk di KL,
tak kurang RM 800 sebulan.

Ini biasanya rumah sewa dapatla harga ni.
Ini belum masuk bil, dan macam-macam lagi.
Tinggal RM 1400 gaji anda.

Kita kira pula berapa banyak duit
yang anda belanjakan untuk makan
anda setiap hari.

Untuk seorang, kalau anda jenis bujang
dan banyak makan diluar, saya boleh katakan
paling rendah pun anda belanja dalam RM 20
sehari bersamaan dengan RM 600 sebulan.

Ye la, duduk KL ni banyak godaan. Kadang-kadang
kawan ajak pergi makan KFC, Secret Recipe, McDonald..

Maka tinggal RM 800 saja sebulan..

Kita nak kira minyak pula. Duit minyak
kereta anda yang anda guna dari rumah
pergi ke tempat kerja paling kurang pun
RM 10. Sabtu ahad walaupun tak pergi kerja,
mungkin anda ada pergi shopping ke,
jalan-jalan keluar, jadi sebulan purata
dah RM 300.

Campur lagi dengan bayar tol sehari RM 5.
Maka tinggal la gaji anda RM 350.

Itu belum campur lagi dengan 'duit hiburan'
anda nak pergi tengok wayang dengan kawan, 
nak beli barang dapur, nak beli barang rumah,
nak hulur orang tua, dan macam-macam lagi.

Kalau anda ada hutang kad kredit, bank rakyat,
dan lain-lain lagi, macam mana pulak?

Jadi berapa sebenarnya pendapatan bersih
anda selepas tolak itu ini? Kalau anda
berada pada tahap negatif, maksudnya anda
tak boleh tunggu lama.

Anda kena pulihkan sekarang dengan cara
dapatkan nasihat pakar kewangan sebelum
anda jadi lebih teruk lagi.

Kalau cukup-cukup makan, simpanan pun
tak ada, anda perlu belajar ilmu kewangan
dari sekarang supaya anda boleh mula menyimpan.

Saya bukan apa, saya cuba mengajak
anda berfikir dan menyedarkan anda
tentang kehidupan dan kewangan anda.

Biasanya anda mungkin kelam kabut dan terus
terfikir cara nak tambah duit. Saat itu
jugalah anda terperangkap dengan skim cepat
kaya yang menjanjikan anda pulangan cepat.

Ingin saya ingatkan anda, pelaburan
atau skim apa sekalipun, pelaburan yang
terbaik adalah pelaburan terhadap ilmu.

Tanya saja mana-mana orang kaya yang melalui
jalan yang betul untuk kaya. Ilmulah
pelaburan yang terbaik.


Ramai yang silap..

Bila nampak dah ada masalah dari segi
pendapatan, mereka terus cari cara nak
tambah duit cepat. Sedangkan sebelum
anda bermula untuk tambah duit, anda
perlu belajar dulu ilmu kewangan.

Sebab tu lah saya sangat mencadangkan
kepada anda pakej Strategi Wang ni.

Saya tak mahu nak rekemen banyak-banyak.
Anda beli, dan anda belajar serta nilai sendiri
kursus tersebut. Kalau anda rasa ianya tak
berbaloi, ada jaminan pulangan wang.

Maklumat lanjut, pergi ke www.StrategiWang.com

Ikhlas dari saya demi kemajuan hidup anda.
Saya tumpang gembira jika anda berjaya jadi
kaya dan berjaya bebas kewangan!

Ammar Zahar & Abang Abu
Strategi Wang

No comments:

Post a Comment